KUALA LUMPU – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump didakwa melakukan kesilapan apabila dalam memulakan perang perdagangan dengan China dan mengharapkan dunia menyokongnya.
Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, keadaan ini diburukkan dengan kenyataan sinis pengulas konservatif Amerika, Bill O’Reilly yang tidak dapat memahami lawatan Presiden China Xi Jinping ke Vietnam, Malaysia, dan Kemboja, lalu melemparkan kata-kata pedas bahawa “Melayu tidak mempunyai wang”.
Pertama, orang Vietnam dan Kemboja bukan Melayu.
Kedua, bukan Malaysia, Kemboja dan Vietnam sahaja yang menentukan pendekatan terhadap tarif Trump, tetapi 10 negara ASEAN mewakili kepelbagaian peradaban dunia – Islam, Buddhisme, Konfusianisme, Hindu, Taoisme, Sikhisme, Komunisme dan lain-lain, yang secara kolektif memutuskan langkah terbaik buat rantau ini.
“Kita mesti memikirkan masa depan manusia. Kita berada dalam era AI dan di ambang pengembaraan angkasa lepas.
“Tetapi kebimbangan terbesar pemikir di dunia ialah sama ada akan berlaku perang antara Amerika Syarikat dan China kerana Perang Dunia III akan memusnahkan manusia — tidak menjadikan janji AI dan perjalanan angkasa,” katanya di sini.
Kit Siang berkata, ASEAN mempunyai keunikan tersendiri dengan kepelbagaian bangsa, bahasa, agama, budaya dan peradaban yang wajar dimanfaatkan.
Oleh itu, semua pihak mesti memikirkan masa depan manusia.
Disebabkan itu, katanya, ASEAN harus memanfaatkan konsep “perpaduan dalam kepelbagaian” untuk menyumbang kepada dialog dan keharmonian peradaban global bagi mengelakkan konflik lebih besar berlaku di antara kuasa-kuasa unia.
“Inilah titik permulaan pencarian masa depan umat manusia — bermula dengan Persidangan Afro-Asia pertama di Bandung pada tahun 1955, tujuh puluh tahun yang lalu, hari ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette