Kredit: IPD Rembau

REMBAU – Seorang lelaki Pakistan maut selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan solar di sebuah kilang di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata lelaki berumur 21 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian pada 11.47 pagi itu.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa lelaki berkenaan bersama tiga rakan sekerja sedang melakukan kerja-kerja pemasangan solar di atas bumbung kilang berkenaan.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai berjalan di atas bumbung tanpa memakai tali pinggang keselamatan sebelum bumbung pecah, menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian 12 meter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmi berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada 12.15 tengah hari oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Pedas, dan mayat lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here