TCE Baby Expo pula membuat permohonan maaf susulan insiden paparan Jalur Gemilang tanpa bulat sabit di belakang pentas melibatkan salah satu pempamernya.

KUALA LUMPUR – TCE Baby Expo pula membuat permohonan maaf susulan insiden paparan Jalur Gemilang tanpa bulat sabit di belakang pentas melibatkan salah satu pempamernya.

Penganjur expo jualan barangan bayi itu berkata, pihaknya mengakui ia merupakan isu sensitif yang menyinggung rakyat Malaysia.

Susulan itu, katanya, TCE Baby Expo mengambil tindakan segera dengan menghentikan dan menutup kiosk Singapore Lactation Bakes (SLB), pempamer yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

“Walaupun kandungan tersebut datang dari pihak pempamer, kami tidak mengambil ringan tentang isu ini kerana TCE Baby Expo dibina atas kepercayaan dan kepercayaan anda adalah penting bagi kami.

“Kami mohon sedikit masa dan kesabaran daripada orang ramai untuk kami selesaikan perkara ini sebaik mungkin,” katanya.

Selain itu, katanya, video yang menunjukkan bendera itu juga telah diturunkan.

Tambah TCE Baby Expo lagi, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman dan bekerjasama dengan semua pihak terlibat demi memastikan tindakan diambil sewajarnya.

“Kami mengambil serius tentang perkara ini dan sedang meneliti semula proses semakan kandungan bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang.

“Sekali lagi, kami mohon maaf atas apa yang telah berlaku dan akan terus berusaha menjaga maruah serta identiti negara,” katanya lagi.

Baru-baru ini, tular di media sosial paparan bendera Malaysia di belakang pentas booth Singapore Lactation Bakes dalam TCE Baby Expo dilaporkan tiada simbol bulan sabit sehingga mencetuskan kritikan orang ramai.

Reka bentuk pada skrin belakang pentas hanya memaparkan 14 jalur dan bintang 14 pecah tanpa bulan sabit.

Expo jualan berkenaan sedang berlangsung di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu kota dan pameran itu dijangka berakhir esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Kalau tiada tindakan undang2 perkara ini akan berlaku lagi dan lagi. Ianya suatu perkara yang terkoodinasi dengan baik disemua peringkat samada dalam dan luar negara.

    Amat bodohlah jika pihak kerajaan menerima permohonan maaf kafir2 ini.

    Jom kita boikot kedai2, produk2, services dan taman2 tema cina dap, mca dan gerakan, kita sebenarnya tak rugi apa2 pun.

  2. Lepas ni akan wujud pula bendera yang sama tidak lengkap mungkin di Australia dsb kubu kuat mereka melontarkan propaganda. Kafir2 ini memang cekap dan licik dalam mempersendakan negara ini? Didepan manis dibelakang penuh propaganda dan kebencian.

    Pihak polis diminta lebih aggresive!

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here