Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai bercakap pada sidang akhbar berkenaan isu Kampung Sungai Baru di Sekitar Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 19 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) digesa bertanggungjawab terhadap nasib penduduk Kampung Sungai Baru di sini yang sehingga hari ini tidak mendapat pembelaan setimpal.

Presiden Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata, parti itu sepatutnya mengaku telah mengakibatkan penduduk di kawasan itu ditipu oleh syarikat yang mengambil alih tanah berkenaan.

“Jadi kepada YB-YB (ahli Parimen) terdahulu dari PN, kamu seharusnya bertanggungjawab dalam apa juga isu yang telah dibangkitkan dan dihangatkan di seluruh media sosial.

“Mereka perlu tampil hadir membuat keterangan dan penjelasan kepada penduduk apa punca sebenarnya kawasan ini masih lagi tidak dimajukan. Mereka tidak perlu sorok (bersembunyi) di sini… ahli-ahli Parlimen (PN) itu sedap, ada rumah banglo tanah besar,” katanya ketika pada sidang media di tapak flat di kawasan berkenaan hari ini.

Hussen turut mendakwa dua bekas Menteri Wilayah Persekutuan termasuk bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun dan Tan Sri Annuar Musa antara yang terlibat dalam pemindahan penduduk sebelum ini.

“Annuar Musa sepatutnya bertanggungjawab terhadap isu Kampung Sungai Baru ini bukan hanya kepada flat di sini tetapi penduduk asal, begitu juga dengan (Datuk Seri) Shahidan Kassim.

“Hari ini mereka lepas tangan sewaktu jadi kerajaan pada saya mereka ada terlibat urusan pemindahan penduduk tetapi hari ini mereka senyap. Begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu jadi Perdana Menteri, hari ini pula kata tidak tahu menahu dan tidak campur isu ini.

“Perikatan Nasional datang sini kononnya mahu jadi pembela, tetapi apa kesudahannya?” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk Kampung Sungai Baru khususnya yang terlibat dalam urusan pemindahan sebelum ini melantik peguam untuk mempertahankan nasib mereka.

Terdahulu, projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang melibatkan rumah flat dan teres menimbulkan polemik susulan tuntutan kumpulan penduduk asal terdiri daripada golongan minoriti yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diperoleh.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penduduk minoriti Kampung Sungai Baru melahirkan rasa kecewa terhadap proses pengambilan tanah yang berlaku pada Jun 2021 ketika negara ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam video berdurasi 50 saat itu, mereka mendakwa warta pengambilan dikeluarkan pada 18 dan 21 Jun lalu tanpa makluman awam yang telus dalam keadaan rakyat langsung tidak dibenarkan keluar rumah.

Susulan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN tampil menafikan dakwaan terlibat dalam urusan membuat keputusan pengambilan tanah tersebut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kampung Sungai Baru: Saya sudah pesan dulu penduduk jangan tanda tangan – Johari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Siapa menteri bodoh yang bertanggungjawab, rakyat tertunggu2?

    Sebab itulah nak jadi menteri mesti bijak menganalisa sesuatu isu dengan cekap, tepat, mesti lulus metematik tahap tertinggi, supaya tak mudah ditipu, lebih2 lagi dengan orang kafir!!!

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here