KUANTAN – Polemik berkenaan kenyataan Menteri Besar (MB) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung tindakan Ahli Parlimen Raub yang tidak mewakili pendirian sebenar parti DAP nampaknya diambil luar konteks dan gelojoh.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, kenyataan Wan Rosdy menjengah ke dimensi baharu apabila ‘diserang’ seperti tiada hari esok dengan pelbagai persepsi.
“Tiga empat patah perkataan daripada MB Pahang diserang seperti tiada hari esok. Komen netizen seakan- akan lupa tindakan tegas ke atas pekebun haram di Sungai Ruan itu tidak akan terjadi andai tiada ‘tekad politik’ yang kuat dan keputusan tegas daripada MB.
“Umum mengetahui kegiatan penerokaan haram atas nama ‘aktiviti pertanian’ ini sudah berlangsung puluhan tahun lamanya.,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Fakhrul, pada November 2024, Wan Rosdy telah memberikan jaminan kawasan berhutan seluas 2.06 juta hektar yang mewakili 57 peratus keluasan negeri ini akan dijaga dan tidak akan berkurangan.
Daripada jumlah itu, seluas 1.6 juta hektar merupakan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang diuruskan berdasarkan Amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (SFM).
Kerajaan negeri juga sudah mewartakan seluas 645,751 hektar ataupun 40 peratus kawasan HSK ini sebagai Hutan Perlindungan yang mana ‘tidak boleh disentuh apalagi diusik’ untuk kerja-kerja penghasilan hutan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, fakta tersebut meletakkan Pahang sebagai penyumbang terbesar kawasan berhutan dalam kalangan negeri-negeri di Semenanjung
“Janganlah dek kerana kita terlalu rakus dalam meghukum, kita keliru antara kebenaran kebebalan.
“Pantun lama Melayu ada berbunyi, terang benderang sangkar dibuka, naik merbuk menyambar tali, orang sekarang gemar bersangka, baik buruk kembar sekali,” katanya. – MalaysiaGazette
Isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang. Tahniah kepada semua komentator2 rakyat yang sangat berani, sangat sayangkan sultan mereka, sangat menjunjung tinggi keluhuran undang2.
Teruskan melontar idea2 anda yang bernas dalam mempertahankan tanah negeri, sultan dan undang2. Undang2 double standard tidak lagi relevan yang mana orang Melayu menceroboh tanah dipenjara dan denda tetapi sebaliknya penceroboh2 cina tidak dikena apa2 pun tindakan undang2. Janganlah lagi mengharapkan pemimpin2 Melayu baik diperingkat DUN atau MP yang rata2 bacul atau play safe dalam mempertahankan sultan, keluhuran undang2 apatah lagi untuk mempertahankan Islam.
Teruskan melontarkan idea2 bernas anda semua.
Kepada semua komentator2 tiktok, teruskan melontar idea2 bernas, brilliant anda atau mana2 media massa yang boleh dicapai oleh rakyat yang menjunjung tinggi undang2.
Jom semua pertahankan Sultan Pahang yang disayangi.