Maritim Malaysia menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C yang dikesan melanggar syarat lesen dan menggajikan kru asing tanpa dokumen sah dalam satu operasi penguatkuasaan bersama enam kru Vietnam pada semalam

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang, menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C yang dikesan melanggar syarat lesen dan menggajikan kru asing tanpa dokumen sah dalam satu operasi penguatkuasaan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, bot tersebut ditahan kira-kira 12 batu nautika dari Timur Laut Nenasi pada pukul 12.45 tengah hari oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia menerusi Op MAKMUR dan Op TIRIS.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan enam kru warga Vietnam berusia antara 29 hingga 48 tahun.

“Mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta tiada sebarang permit kerja atau kelulusan daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pemilik bot berkenaan disyaki telah melanggar syarat lesen sah yang ditetapkan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Turut dirampas dalam operasi tersebut ialah bot, peralatan menangkap ikan serta kira-kira 150 kilogram hasil laut yang kesemuanya dibawa ke Jeti Penerpa Kuantan Slipway untuk tindakan lanjut.

Menurut Mazlan, pemilik bot yang mengambil kesempatan menggajikan PATI demi kepentingan sendiri bakal berdepan tindakan undang-undang yang keras.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan jenayah maritim atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan MERS 999 untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here