Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) dan Hydroshoppe Sdn. Bhd. membuat laporan polis susulan insiden kerosakan dan kemusnahan terhadap barangan milik syarikat itu semalam.

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) dan Hydroshoppe Sdn. Bhd. membuat laporan polis susulan insiden kerosakan dan kemusnahan terhadap barangan milik syarikat itu semalam.

Pengarah Urusan Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB), Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh berkata, pihaknya berharap polis dapat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang unsur khianat  terhadap aset milik MKLSB.

“Tindakan memusnahkan atau dengan sengaja merosakkan harta milik MKLSB adalah suatu perbuatan yang tidak beretika dan mencerminkan tingkah laku tidak profesional yang sama sekali tidak wajar ditunjukkan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan memasuki premis Menara Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu lalu dibuat selepas syarikat pengendali lama enggan mengosongkan premis walaupun konsesi mereka telah tamat.

Syarikat baharu sepatutnya mula mengambil alih operasi pada 1 April lalu namun syarikat lama enggan berundur menyebabkan tindakan undang-undang terpaksa diambil.

Fahmi turut memaklumkan, hasil pemeriksaan oleh pegawai Kementerian Komunikasi mendapati keadaan Menara KL tidak lagi sesuai dan selamat untuk pengunjung. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here