Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki menewaskan penyandang Ketua Cabang PKR Setiawangsa yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam pemilihan cabang itu, hari ini, dengan memperoleh 631 undi berbanding 563 undi.

Afdlin yang menyertai PKR pada 2021 bertanding jawatan sama pada 2022 tetapi tewas kepada Nik Nazmi yang merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa selama dua penggal serta berjawatan Naib Presiden PKR ketika ini.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, K Saraswathy yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara turut tewas dalam saingan lima penjuru bagi jawatan Ketua Cabang Bukit Bintang.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saraswathy Kandasamy

Anwar Pawan Chik dipilih sebagai Ketua Cabang dengan 807 undi, diikuti Saraswathy (683), G Sivamalar (664), C Kishore Kumar (32), manakala Loh Ker Chean yang menarik diri atas faktor kesihatan tidak memperoleh sebarang undi.

Di Cabang Wangsa Maju, penyandang jawatan Lai Chen Heng berjaya mempertahankan kedudukannya daripada dicabar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan walaupun terdapat dakwaan berlaku manipulasi penyata kewangan cabang menjelang pemilihan.

Chen Heng meraih 587 undi diikuti Zahir (495) dan seorang lagi calon, Abdullah Talib (221).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media mingguan di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 09 APRIL 2025.

Ketua Penerangan PKR merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, serta Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin masing-masing mengekalkan jawatan Ketua Cabang Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak tanpa bertanding. 

Sementara itu, difahamkan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran tewask kepada muka baharu, Aseeq Seth Ali di Cabang Batu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here