Seorang penunggang motosikal maut apabila bertembung dengan kereta dalam kemalangan di Simpang Ampang Tinggi-Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut apabila bertembung dengan kereta dalam kemalangan di Simpang Ampang Tinggi-Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian 7.20 pagi itu melibatkan penunggang motosikal Suzuki RGV dan kereta Perodua Ativa.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dari arah Pekan Kuala Pilah menuju ke Ampang Tinggi.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa bergerak terus di laluannya tiba-tiba datang kereta dari arah simpang kanan masuk ke laluan motosikal dan berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan.

Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal maut manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Siasatan lanjut masih diteruskan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here