logo polis
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas ditimpa pokok tumbang di Kampung Kuala Semerak, Pasir Puteh, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Balai Polis Cherang Ruku kira-kira 3 petang.

Susulan maklumat yang diterima, sepasukan pegawai polis dari Balai Polis Cherang Ruku dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan terbaring di bawah sebatang pokok yang tumbang.

“Hasil pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaizul Rizal berkata, kematian mangsa disahkan oleh pihak Klinik Kesihatan Cherang Ruku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pemangku Ketua Polis Balai Cherang Ruku Sarjan Zukiman Ismail di talian 018-3650449 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di 09-786 7222. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here