Datin Rebecca Nur Al-Islam.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam tampil membuat penjelasan bagi menjawab tuduhan kononnya dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan usahawan Rozita Ibrahim.

Menerusi sebuah video yang ditujukan kepeda menantu kakak iparnya itu, Rebecca, 39, berkata, dia tidak mengejar publisiti murahan kerana sudah dikenali sejak usianya belasan tahun dan meraih populariti hasil bergelar anak seni.

“Saya tak perlu publisiti murahan. Saya sudah popular sejak berlakon ketika usia saya belasan tahun lagi. Saya adik ipar dan mak cik (Datin Seri Nur Shahida) hanya menantu. Sepatutnya mak cik bersyukur sebab kahwin dengan orang kaya.

“Kalau tidak mak cik cuma seorang ahli nasyid yang tak terkenal dahulu,” luahnya menerusi hantaran di Instagram miliknya malam tadi.

Datin Seri Shahida.Rebecca turut berkongsi celoteh isteri Shahida isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang juga menantu Rozita yang dikatakan tidak berpuas hati dengannya kerana sering berkongsi gambar tentang kakak ipar baharunya itu yang merupakan ibu mentuanya.

“Mencari publisiti murahan. Sibuk nak ‘mencapap’ (mengendeng). Yang tiada kena mengena pula sibuk nak buat hantaran dalam media sosial tentang adik ipar, kakak ipar.

“Anak sendiri pun tak buat, duduk diam-diam. Kalau sekali buat hantaran okeylah. Tapi kalau sudah tiga empat kali lebih-lebih pula kau. Saya memang cakap terus sahaja. Saya bukan kaki drama,” kata Shahida dalam video itu.

Mengulas lanjut, Rebecca menjelaskan, dia tiada niat tidak baik sebaliknya sangat mengalu-alukan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Apatah lagi hubungan di antara mereka adik-beradik sangat rapat sambil menyifatkan individu yang melemparkan tuduhan itu sebagai seorang yang tidak menggunakan akal fikiran.

“Nampak sangat mak cik suka mengutuk orang. Sebab dia siap tanya pengikut media sosial tahu tak siapa yang dia tengah kutuk. Maknanya mak cik menang kaki mengutuk.

“Mak cik buka sahaja tudung dan stoking mak cik. Sebab mulut mak cik jahat dan boleh menyebabkan netizen dalam Malaysia bergaduh sesama mereka.

“Kau kena ingat kalau kau tak kahwin dengan orang kaya, sekarang ini mungkin kau duduk tepi jalan. Zaman-zaman kau bernasyid dulu kau pun biasa-biasa sahaja. Rezeki kau dapat kahwin orang kaya,” ujarnya.

Terdahulu pada Mac lalu, Rebecca mengesahkan abang sulungnya telah berkahwin dengan Rozita. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here