Datuk Seri Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengarahkan semua Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) ditarik balik.

Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya hari ini, Hamzah berkata, perkara itu dimaklumkan sejurus tiba dari luar negara.

“Saya baru sahaja kembali dari luar negara atas urusan rasmi. Saya telah dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas di Imigresen sebelum berlepas,” katanya.

Jelas Hamzah, sebelum ini, beliau turut tersenarai di dalam TCO sejak tahun lalu sebagai respons terhadap isu tersebut yang dibangkitkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Namun apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau pun ada dalam senarai TCO ia amat mengejutkan saya.

“Maka bagi pihak rakyat, saya mohon kepada PDRM jangan sesekali lakukan ini ke atas Perdana Menteri kerana beliau bukan penjenayah dan bukan anti kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dikenakan pemantauan TCO sehingga panggilan telefonnya diawasi.

Naib Presiden Pas itu berkata, langkah berkenaan menjadikan beliau seolah-olah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan sindiket dan gangster, atau berstatus persona non grata (tidak dikehendaki) di tanah air sendiri.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan itu kerana tiada keperluan untuk mengintip pergerakan Menteri Besar Terengganu itu.

Saifuddin berkata, tugas sebagai Menteri Besar sudah pasti pergerakan beliau ditemani seorang pegawai polis untuk tujuan keselamatan sepanjang masa.

Malah beliau juga pernah juga tersenarai (untuk pengawasan) TCO dan menganggap ia sebahagian tugasan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here