JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tersungkur dalam mempertahankan jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Bahru kepada anak didiknya, Mohamad Taufiq Ismail.
Menerusi laman sesawang keputusan Pemilihan PKR 2025, Akmal Nasrullah, yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, tewas selepas hanya mampu meraih 587 undi.
Mohamad Taufiq yang juga Ketua Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohama menewaskan Akmal Nasrullah dengan majoriti 122 undi selepas memperoleh 709 undi.
Sebanyak 1,296 kertas undi dikeluarkan pada pemilihan itu manakala seramai 1,789 ahli PKR layak mengundi bagi cabang berkenaan.
Borang keputusan itu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.- MalaysiaGazette