Gambar hiasan.

MUAR – Hasrat seorang bekas akauntan mahu menjana keuntungan dengan bermain saham tidak kesampaian apabila diperdaya sebanyak RM302,100 akibat terjerat pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan daripada mangsa semalam.

Jelasnya, insiden itu bermula apabila mangsa menerima mesej menerusi WhatsApp daripada nombor telefon tidak dikenali yang menawarkan pelaburan saham pada 10 Mac lalu.

Katanya, lelaki warga tempatan berusia 72 tahun itu berminat dengan tawaran diberikan dan telah dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan serta diterangkan keuntungan pulangan yang bakal diperoleh.

“Pada 15 dan 16 April 2025, mangsa telah membuat tiga kali transaksi ke dalam satu akaun bank berjumlah RM302,100 atas nama sebuah syarikat pelaburan.

“Mangsa dapat melihat wang keuntungan mengikut modal yang dilaburkan dalam aplikasi yang diberi, namun mangsa mula curiga dan berasa ditipu apabila gagal membuat pengeluaran wang keuntungan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Raiz Mukhliz, sumber kewangan pelaburan mangsa adalah hasil simpanannya sebagai seorang akauntan sebelum ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara satu tahun hingga 10 tahun dengan sebatan dan juga denda.

“Pihak polis menasihati orang ramai sekiranya menerima sesuatu tawaran yang sukar dipercayai, ingatlah pepatah if it’s too good to be true , it’s probably isn’t.

“Orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati terutama dalam urusan melibatkan transaksi kewangan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here