Kredit: Facebook PSA Squash Tour

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy negara Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali pertama dalam kariernya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Berdasarkan kedudukan terbaharu di laman web rasmi psasquashtour.com, pemain berusia 27 tahun itu naik satu anak tangga ke ranking ke-10 dunia dengan mengumpul 559 mata.

“Berita gembira! Yow kini dalam kelompok 10 terbaik buat kali pertama! Ayuh!!!” kata Timbalan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Sharon Wee menerusi mesej ringkas WhatsApp.

Eain Yow menjadi pemain ketiga negara berada dalam kelompok 10 terbaik dunia selepas Ong Beng Hee yang pernah menduduki ranking ketujuh dunia pada 2001 dan Azlan Iskandar yang mencapai kedudukan ke-10 pada 2011.

Ranking dunia kini diterajui pemain Mesir Mostafa Asal dan Ali Farag dan Diego Elias dari Peru. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here