Datin Rebecca Nur Al-Islam.

KUALA LUMPUR –  Datin Rebecca Nur Al Islam menyifatkan dakwaan bahawa dia membuat pinjaman sebanyak RM1.5 juta daripada kakak iparnya iaitu Rozita Ibrahim sebagai fitnah.

Rebecca, 39, berkata, dia sanggup bersumpah tidak pernah menerima wang tersebut dan terkejut dengan tindakan satu pihak yang kini membuat tanda pagar #1.5

“Sumpah demi nama arwah ayah dan demi nama ibu saya. Saya tak pernah berhutang atau pinjam atau tahu-menahu mengenai RM1.5 juta yang diperkatakan. Demi Allah dan Rasulullah saya bersumpah!

“Saya terkejut saya difitnah pihak sana dengan tanda pagar #1.5 semasa mereka membuat sesi siaran langsung.

“Yang ini mungkin pada mereka sekadar konten, tapi tak kelakar ya melibatkan perkara sebegini kerana satu Malaysia ingat saya dapat RM1.5 juta daripada kakak ipar saya.

“Saya tak pernah dapat satu sen pun duit dan perkara ini perlu saya tegaskan di sini demi menjaga nama saya dan keluarga, ” katanya menerusi hantaran di media sosial, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rebecca berkata, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada abangnya dan berharap Rozita dapat membersihkan kembali namanya.

Malah, dia percaya dakwaan yang timbul itu merupakan satu serangan balas gara-gara tidak berpuas hati dengan hantaran melibatkan keluarga kakak iparnya itu.

“Isterinya berjanji akan membersihkan nama saya serta keluarga mengenai konten tnah. Pada saya perkara ini bukan mainmain. Ini adalah fitnah besar yang saya serta keluarga kena.

“Demi Allah #1.5 juta yang anda semua fikir dan sedang dibualkan itu hanyalah sekadar konten geram daripada pihak sana untuk memalukan saya ketika isu sedang panas.

“Saya percaya, insya-Allah kakak ipar saya dapat selesaikan nama baik saya dan keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu Rebecca juga mengakui silapnya apabila membalas kenyataan Shahida dengan memuat naik sebuah video.

“Silap saya hari itu apabila saya diapi-apikan dengan video daripada pihak sana lalu saya melakukan video balas dengan menjawab semula setiap tuduhan yang mengatakan saya mencari publisiti murahan.

“Saya tahu saya salah sebab memarahi pihak sana dengan kata-kata yang saya gunakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here