Onn Hafiz ketika berucap dalam Forum Perniagaan dan Pelaburan Bersama JS-SEZ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Johor mencadang mewujudkan Taman Perindustrian ASEAN bagi mengukuhkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada masa akan datang.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, taman berkenaan menyasarkan Pembangunan Ekonomi Komprehensiff Serantau (RCEP).

Ini sekali gus mampu menarik pelaburan strategik dari negara-negara ASEAN dan  RCEP dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi, teknologi hijau dan ekonomi digital.

“Bagi menjayakan hasrat tersebut beberapa insentif akan ditawarkan termasuk pelepasan cukai, permudahkan tenaga kerja dan kelonggaran sementara terhadap peraturan pemulangan dana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Forum Perniagaan dan Pelaburan Bersama JS-SEZ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Katanya, taman berkenaan akan merangsang perkembangan ekonomi dan menyedia peluang pekerjaan di kawasan JS-SEZ.

Onn Hafiz percaya cadangan itu akan menerima pertimbangan sewajarnya serta sokongan yang diperlukan daripada pihak Persekutuan dan Singapura.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Johor komited sepenuhnya untuk memainkan peranan dalam merealisasikan inisiatif itu demi kemajuan rantau ini.

Pada masa sama, Onn Hafiz yakin pelaburan berjumlah RM27.4 bilion yang dicapai dalam suku pertama tahun ini adalah petunjuk awal momentum di sebalik JS-SEZ.

“Bagi mencapai hasrat itu, penubuhan Pusat Pemudahcara Pelaburan Malaysia-Johor  (IMFC-J) menjadi satu mekanisme pantas mengurangkan kelewatan biokrasi bagi pelaburan berkeutamaan tinggi,” ujarnya.

Sejak dilancarkan pada Februari lalu, IMFC-J telah mengendalikan 252 pertanyaan pelaburan dengan 42 projek berimpak tinggi kini sedang diproses secara cepat dalam tempoh 14 bulan berbanding 24 bulan sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here