Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melanjutkan aliran jualan di Bursa Malaysia minggu lalu mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM330.5 juta, jauh lebih rendah daripada RM1.97b pada minggu sebelumnya.

Ia merupakan aliran keluar untuk minggu ke-26 berturut-turut.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah penjual bersih pada setiap hari dagangan kecuali Jumaat, yang menyaksikan aliran masuk bersih RM39.9 juta.

Aliran keluar paling teruk dicatatkan pada hari Rabu sebanyak RM153.6 juta, manakala hari-hari lain antara RM16.2 juta dan RM120.6 juta.

Sementara, aliran masuk bersih hari Jumaat datang selepas aliran keluar bersih lima hari berturut-turut.

Tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih ialah Telco & Media (RM119.5 juta) dan Produk dan Perkhidmatan Pengguna (RM34.4 juta) dan Hartanah (RM2.45 juta).

Tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (-RM96.6 juta), teknologi (-RM87.0 juta) dan pembinaan
(RM-M80.8 juta).

Firma penyelidikan ini berkata, pelabur institusi tempatan terus menyediakan penampan terhadap jualan asing, mencatatkan pembelian bersih minggu ke-26 berturut-turut mereka dengan aliran masuk berjumlah RM356.2 juta.

Sementara itu, pelabur runcit tempatan pula mengubah arah aliran belian mereka selama dua minggu, menjadikan penjual bersih dengan aliran keluar RM25.7 juta.

Purata volum dagangan harian (ADTV) menyaksikan penurunan secara meluas dengan pelabur asing, institusi tempatan dan peruncit tempatan menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak 48.7%, 56.7% dan 47.2%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here