Mazlan Hassan

TEMERLOH – Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM180,000 setelah terpedaya dengan skim tawaran kerja sambilan atas talian tidak wujud gara-gara mendapat keuntungan sebanyak RM1,200.

Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pada awal bulan Februari 2025 mangsa serang lelaki berumur 30 tahun terpedaya dengan tawaran kerja sampingan yang tidak wujud melalui laman web Global Solaris.

“Laman web tersebut diperkenalkan oleh individu yang dikenali menerusi aplikasi TikTok.

“Mangsa pada mulanya tertarik dengan pulangan awal yang diterima selepas membuat pemindahan wang sebanyak RM500 di mana beliau telah menerima keuntungan sebanyak RM1,200,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelas Mazlan, suspek telah mengarahkan pengadu membeli setiap tempahan pelanggan dari laman web tersebut.

Apabila mangsa gagal, suspek membantu membeli dan meminta pengadu membuat pembayaran semula, ujarnya.

“Namun, pengadu gagal lagi. Mangsa kemudiannya diugut akan didenda dan diambil tindakan undang-undang jika arahan tidak arahan tidak dipatuhi.

“Mangsa telah membuat 24 transaksi pindahan wang ke 10 akaun bank yang berbeza berjumlah RM183,326,” katanya.

Difahamkan kerugian mangsa adalah wang simpanan mangsa dan pinjaman daripada ahli keluarganya.

Polis menasihatkan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Masyarakat juga dingatkan supaya membuat semakan dahulu bagi setiap tawaran kerja yang ditawarkan bagi mengelak manjadi mangsa penipuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here