Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam

KUANTAN – Felda dan Yayasan Felda merancang membangunkan tiga buah pusat rawatan haemodialisis di wilayah Jengka, Kuantan dan Mempaga, Pahang.

Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, kesemua pusat rawatan tersebut dibangunkan di bangunan sedia ada dan sedang dalam proses naik taraf dan dijadualkan siap pada Julai tahun ini.

Tambah beliau, peralatan serta mesin dialisis bagi ketiga-tiga pusat terbabit telah disediakan dan operasi dijangka dapat dimulakan sebaik sahaja menerima kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini, ketiga-tiga pusat masih berada pada fasa pertama (Borang Satu) permohonan dengan pihak KKM di bawah Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS),” katanya.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai berkata demikian menjawab soalan Khairul Nizam Mohamad Zuldin (BN-Kemayan) berhubung status projek pembinaan pusat dialisis di setiap kawasan Felda di Pahang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini.

Pusat Hemodialisis Felda di Tapak Hostel Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPTR) di Jerantut; pusat hemodialisis di Felda Keratong 4, Bandar Tun Razak dan kemudahan di Felda Kolej Yayasan Felda Pahang, Felda Jaya Timur Mempaga masing masing dilengkapi dengan enam kerusi dialisis Non-Hepatitis.

Sementara itu, Amizar memberitahu, Felda dalam proses membangunkan satu lagi pusat hemodialisis di Pusat Latihan Chini melalui kerjasama dengan Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP) dan diuruskan oleh Foresight Dialisis Sdn. Bhd.

Pusat rawatan itu mempunyai akan delengkapi dengan lapan kerusi dialisis Non-Hepatitis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here