Seorang warga emas maut dalam kemalangan MPV dipandunya dengan sebuah lori di Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 45 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asis Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat mengenai nahas tersebut pada pukul 2.45 petang.

“Siasatan awal mendapati nahas tersebut melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena yang dipandu mangsa, lelaki tempatan berusia 68 tahun dengan sebuah lori jenis Hino yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun.

“Akibat perlanggaran tersebut, pemandu warga emas terbabit Mat Sahar Hasim mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan namun ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa katanya, dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Tambahnya, pemandu lori itu boleh juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here