Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum, Sim Chon Siang

KUANTAN – Seramai 302 pesara kerajaan di negeri ini direkodkan menjadi mangsa penipuan sepanjang tempoh tiga tahun bermula 2022 hingga tahun lalu.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, trend peningkatan mangsa dalam kalangan pesara dapat dilihat saban tahun berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Polis Pahang.

“302 kes itu adalah sebahagian daripada 5,658 kes penipuan yang dilaporkan di negeri ini, melibatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM120 juta.

“Pada tahun 2022, seramai 85 pesara kerajaan menjadi mangsa dengan kerugian berjumlah RM8.9 juta dan pada tahun berikutnya, 102 pesara pula terperdaya membabitkan kerugian sebanyak RM3.7 juta,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan V Arumugam (BN – Sabai) berhubung tindakan kerajaan bagi membendung kes berkenaan.

Manakala bagi tahun 2024, kes meningkat kepada 115 mangsa dengan jumlah kerugian yang sama seperti tahun 2022 iaitu RM8.9 juta.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, pada hari ini.

Ia bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Datuk Wong Tat Chee yang bertanya bagi mengetahui jumlah pesara kerajaan yang mengalami kerugian akibat penipuan dalam talian bagi tempoh tiga tahun sejak 2022.

Selain itu, Chon Siang menjelaskan,  sebanyak 88 ceramah telah dianjurkan oleh Polis Pahang untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here