Datin Rebecca Nur Al-Islam.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam menjadikan pesanan ibunya sebagai kekuatan berdepan kontroversi melibatkan dirinya bersama keluarga kakak iparnya, usahawan terkenal Rozita Ibrahim.

Rebecca, 39, berkata, pesanan ibunya itu yang menasihati dirinya agar tidak bersedih dan menyerahkan segala ujian kepada Allah biar pun teruk dihentam netizen.

“Sementara menunggu untuk solat, mama pesan, adik jangan sedih. Biarkan dunia kecam kita, Allah ada. Jangan tengok berita-berita itu,” tulis di media sosial miliknya.

Rebbeca turut mengakui dirinya kekal tenang dan bersedia menghadapi dugaan dan kecaman yang dilemparkan terhadapnya dalam media sosial.

“Mamaku, tak apa. Insya-Allah anakmu kuat menempuhi dugaan fitnah dunia,” ujarnya.

Sebelum ini, Rebecca menjadi sasaran netizen di media sosial selepas dia membidas kenyataan Datin Shahida Mohd Rashid yang mendakwa dirinya sebagai seorang yang suka mencari publisiti kerana sering berkongsi perihal ibu mentuanya (Rozita) itu dalam media sosial.

Rebecca yang berang dengan tindakan Shahida kemudian menggelarnya sebagai ‘mak cik bodoh’ dan seorang yang ‘bermulut jahat’.

Tidak terhenti di situ, Rebecca turut memuat naik beberapa tangkap layar komen netizen yang mendedahkan aib Shahida namun kemudian bertindak memadam kesemua hantaran tersebut demi menghormati permintaan abangnya (suami baharu Rozita).

Dia turut menyifatkan dakwaan  dia membuat pinjaman sebanyak RM1.5 juta daripada kakak iparnya iaitu Rozita Ibrahim sebagai fitnah.

Rebecca berkata, dia sanggup bersumpah tidak pernah menerima wang tersebut dan terkejut dengan tindakan satu pihak yang kini membuat tanda pagar #1.5. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here