Bonda Rozita Ibrahim bersama anak, Datuk Seri Aliff Syukri dan menantu, Datin Seri Nur Shahida.

KUALA LUMPUR – Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Rozita Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung kemelut yang membabitkan dirinya, ahli keluarga serta pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam.

Dalam satu hantaran di media sosial, Rozita yang lebih dikenali sebagai Bonda Rozita menafikan dakwaan yang tular mendakwa Rebecca telah meminjam wang sebanyak RM1.5 juta daripadanya.

“Dia (Rebecca) tidak ada meminjam wang RM1.5 juta daripada saya.

“Saya juga tidak pernah ada sebarang urusan perniagaan dengannya, baik sebelum atau selepas dia berkahwin dengan suaminya,” katanya dalam hantaran itu.

Menurut Rozita, hubungan kerjanya hanya melibatkan suami Rebecca, membabitkan beberapa urusan terdahulu yang masih belum diselesaikan.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan semua pihak agar menjaga adab ketika berbicara dan tidak mudah terpedaya dengan bisikan emosi yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia.

“Hiduplah bersyariat kerana Islam itu cara kehidupan. Yang ikhlas itu berat, yang panas dan huru-hara itu adalah nafsu,” ujarnya.

Terdahulu, Rebecca yang juga merupakan adik ipar kepada Rozita dilihat memuat naik beberapa hantaran berbaur sindiran di media sosial yang dipercayai ditujukan kepada keluarga Aliff Syukri, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Antara yang menjadi perhatian ialah luahannya mengenai kepercayaan yang dikhianati dan dakwaan digunakan demi kepentingan pihak tertentu, walaupun tidak menamakan individu secara langsung.

Kemelut ini tercetus selepas isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida menyelar tindakan Rebecca yang sering berkongsi gambar bersama ibu mentuanya iaitu Bonda Rozita Ibrahim dalam media sosial demi publisiti.

Rebecca yang berang dengan kenyataan Shahida membidasnya dengan menggelar Shahida sebagai mak cik bodoh dan bermulut jahat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here