Presiden Mahima, Datuk N Sivakumar.

KUALA LUMPUR – Majlis Kuil-Kuil Hindu & Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima) mengecam penggunaan istilah ‘kuil haram’ oleh agensi kerajaan, menyifatkannya sebagai tidak sensitif, menghina, dan mencemar kesucian rumah ibadat Hindu.

Menurut Presiden Mahima, penggunaan istilah haram dalam konteks Kamus Dewan membawa maksud ditegah oleh undang-undang atau tidak sah dan penggunaan perkataan itu bukan sahaja menurunkan martabat rumah ibadat, sebaliknya memberi gambaran seolah-olah penganut yang hadir turut melakukan perbuatan haram.

Soal beliau, adakah kerana kuil dibina tanpa kelulusan, maka ia layak digelar haram yang turut memberikan gambaran penganutnya juga melakukan perkara haram.

“Baru-baru ini, Hospital Taiping mengeluarkan surat rasmi bertajuk ‘Aduan Kuil Haram’ terhadap sebuah kuil di dalam kawasannya. Ini satu penghinaan terhadap agama.

“Kami di MAHIMA tidak menolak sebarang tindakan jika benar kuil itu dibina tanpa kelulusan, tetapi adakah perlu menggunakan perkataan sebegitu menghina?

“Tidakkah lebih wajar menggunakan istilah seperti tidak berdaftar atau tidak mendapat kelulusan? Ini lebih sopan dan mencerminkan nilai Rukun Negara, khususnya prinsip pertama, Kepercayaan kepada Tuhan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Hospital Taiping yang mengeluarkan surat rasmi bertajuk ‘Aduan Kuil Haram’, menuntut penjelasan dan tindakan berhemah daripada pihak kerajaan.

Jelas beliau lagi, tidak semua kuil tanpa sejarah, sebaliknya banyak kuil wujud sebelum Akta Tanah digubal. 

Sivakumar turut menzahirkan kekecewaannya terhadap sikap berdiam diri Kementerian-Kementerian berkaitan yang menurutnya seharusnya lebih peka terhadap isu-isu sensitif agama.

“Yang bersuara cuma Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri Saravanan malah telah menghantar surat berhubung isu ini secara rasmi. Mana lagi Ahli Parlimen lain? Jangan hanya cari undi, tapi diam bila agama dihina.

“Kita harap sangat-sangat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pandang serius isu ini dan membincangkannya dalam mesyuarat kabinet untuk merangka satu garis panduan komunikasi yang lebih berhemah melibatkan rumah ibadat,” tegasnya.

Mahima juga menyeru agar semua pihak khususnya jabatan kerajaan, pengurusan hospital dan agensi penguatkuasaan menghentikan segera penggunaan istilah menghina seperti ‘kuil haram’ dan menggantikannya dengan istilah yang lebih sesuai dan beretika. -MalaysiaGazette

Saravanan gesa PM arah jabatan kerajaan henti guna istilah ‘kuil haram’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here