Ir. Razali Kassim

KUANTAN – Pusat Hemodialisis di Klinik Kesihatan Chemomoi di Bentong yang sedang dalam pembinaan dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, sehingga kini kemajuan kerja sudah menjangkau 87 peratus.

“Klinik tersebut boleh menempatkan 10 buah kerusi kepada pesakit bagi menerima rawatan hemodialisis. Perkhidmatan hemodialisis di Klinik Kesihatan Chemomoi ini merupakan salah satu fasiliti baharu menempatkan sehingga 40 pesakit secara maksimum.

“Fasiliti  yang diberikan ini adalah di bawah seliaan Hospital Bentong dan diharapkan akan dapat menampung keperluan pertambahan pesakit,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah itu berkata, Hospital Bentong turut memberikan perkhidmatan dialisis kepada masyarakat di sekitar daerah Bentong yang merangkumi pusat dialisis kerajaan dan swasta.

“Jumlah pesakit yang menerima perkhidmatan ini bagi daerah Bentong adalah sebanyak 50 orang di fasiliti hemodialisis kerajaan  dan seramai 69 orang di fasiliti swasta,” tambahnya.

Menurut Razali, seramai 312 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Nefrologi yang dilaksanakan  di Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan yang mash dalam pemantauan dan belum memerlukan rawatan dialisis.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Dalam perkembangan lain, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Nizar Najib berkata, kerja-kerja pembangunan Taman Kenderaan Rekreasi (RV) di Pantai Hiburan, Rompin akan bermula April ini dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2026.

Menurutnya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan peruntukan kepada Majlis Daerah Rompin (MDR) untuk membina 10 plot tapak RV di sebahagian kawasan cadangan Taman RV tersebut.

Jelas ADUN Peramu Jaya itu, cadangan pembangunan Taman RV oleh kerajaan negeri ini diterajui oleh konsortium tempatan yang melibatkan beberapa pelabur swasta, termasuk syarikat Helmut Knaus KG Camping Park.

Selain itu, katanya, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) juga akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur sokongan seperti jalan ke tapak bagi melengkapkan kebolehsampaian sistem jalan raya dan sambungan utiliti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here