Tangkap layar menunjukkan suspek mengambil beg milik pengadu ketika dia sedang tidur di pejabat bomba sukarela di Butterworth kelmarin.

BUTTERWORTH – Polis menahan seorang wanita selepas dipercayai bertindak mencuri beg sandang di pejabat sebuah Pasukan Bomba Sukarela di Jalan Pantai Bersih, Bagan Ajam di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan C. Tharmalingam berkata, wanita itu ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kehilangan beg sandang milik seorang lelaki yang bertugas di pejabat berkenaan jam 10.20 malam kelmarin.

Katanya, berdasarkan siasatan, polis telah menemui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menunggang motosikal telah masuk ke tempat kejadian sebelum mengambil beg sandang milik pengadu.

“Ketika kejadian pengadu sedang tidur dalam pejabat tersebut dan suspek melarikan diri sejurus mengambil beg tersebut.

“Susulan itu, suspek berjaya dikesan dan diberkas semalam.

“Semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tukar rakaman CCTV berdurasi 3 minit 19 saat memaparkan seorang wanita yang menunggang motosikal seorang diri datang ke pekarangan pejabat bomba sukarela.

Suspek dilihat memasuki ruang pejabat balai bomba itu sebelum mengambil beg sandang milik seorang lelaki yang sedang tidur di atas sofa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here