Foto PGA

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 6,400 anak pokok pelbagai jenis buah-buahan disyaki diseludup dari Thailand menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan anggota Batalion 8 PGA selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan jam 8 malam.

“Anak pokok tersebut dipercayai berpenyakit dan ada serangga perosak. Pemandu lori berusia 44 tahun juga gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan atau pergerakan tanaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata nilai rampasan keseluruhan termasuk lori digunakan suspek dianggarkan RM790,000 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167). – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here