Arif Aiman Hanafi. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi melakar sejarah apabila muncul pemain pertama dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali keempat berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 di sini, malam ini.

Kejayaan tersebut meletakkan pemain kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila mengatasi pencapaian bekas penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang merangkul hatrik pada musim 2010 hingga 2012.

Pemain berusia 23 tahun itu turut mendominasi tiga lagi kategori iaitu Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025 dan juga Fans XI (Penyerang).

Ini juga merupakan musim pertama Arif Aiman memenangi kategori Pemain Tengah Terbaik (pencalonan mengikut posisi yang didaftarkan pasukan) apabila sebelum ini meraih gelaran Penyerang Terbaik sebanyak tiga kali sejak 2021 sehingga 2023.

Arif Aiman terus menjadikan Liga-M musim ini sebagai pentas untuk dirinya memperagakan kehebatan dengan mencetak 12 gol dan 13 ‘assist’ bagi membantu kelab Harimau Selatan menjulang trofi Liga Super, Piala FA serta melangkah ke final Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here