Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala dua lagi cedera selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas di Jalan Adda 5, Taman Adda Heights, Johor Bahru.
Komander Operasi dari BBP Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Izwan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.39 tengah malam tadi.