Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM – Dua penjenayah yang disyaki terlibat dalam kes samun berparang di sebuah taska di Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam ditahan semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Kelana Jaya dan Shah Alam.

Tambah beliau, pihaknya masih lagi mengesan seorang lagi suspek yang terlibat dengan kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tempatan itu mengaku terlibat dalam kes itu.

“Polis turut merampas sebuah Perodua Bezza yang digunakan suspek dalam kejadian itu selain sebilah parang sepanjang 72 sentimeter,” katanya ketika sidang media di IPK Selangor, hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati kereta yang digunakan dua penyamun itu  pernah dilaporkan hilang di Sungai Way, Petaling Jaya sebelum ini.

“Dua suspek juga disahkan positif dadah dan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta samun. 

Menurut Hussein, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dua hari lalu, media melaporkan sebuah taska di Sabak Bernam, berdepan detik cemas apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang.

Kejadian kira-kira pukul 9.35 pagi itu berlaku ketika dua guru wanita dan seorang pembantu dapur sedang menunggu kehadiran murid di taska tersebut.

Kesemua suspek tempatan itu melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit selain turut menampar seorang daripada guru berkenaan.

Walaubagaimanapun, tiada kanak-kanak yang cedera dan hanya melibatkan kerugian dialami dua guru taska berkenaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here