Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

KUANTAN – Perlantikan 109 lagi Ahli Majlis di semua daerah di Pahang sudah dimuktamadkan awal bulan ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, proses pelantikan mengambil kira beberapa peringkat saringan termasuk tapisan keselamatan dan rundingan dengan semua pemegang taruh supaya setiap individu yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

“Sebelum ini kita telah melantik seramai 194 Ahli Majlis bagi fasa pertama.

“Ahli-ahli majlis baru dilantik ini akan menyokong fungsi utama kesemua 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terdapat di negeri Pahang. Kita juga telah melaksanakan kursus khas bagi memperkasakan lagi peranan mereka di peringkat PBT,”katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Su Keong Seong (Ketari-DAP) dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fakhruddin turut memetik pencapaian membanggakan PBT susulan empat bandar di negeri ini tersenarai sebagai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia pada tahun 2024.

“Pada tahun 2023, antara 155 bandar di Malaysia, tiga bandar di negeri ini dinobat antara bandar paling bahagia.

“Tapi alhamdulilah 2024 peningkatan satu lagi bandar, dari tiga jadi empat. Saya nak ucapakan tahniah kepada wakil kerajaan dari Lipis iaitu Menteri Besar kita kerana Lipis juga dinobatkan bandar paling bahagia selain Temerloh, Cameron Highland dan Jerantut,” katanya.

Sebagai rekod, negeri Pahang juga dinobatkan sebagai tempat kedua negeri paling bahagia dalam malaysia selepas Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here