Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan 31 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan China 31 dilaksanakan dengan segera.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri turut memutuskan Kementerian Luar menjadi kementerian yang menyelaras pelaksanaan bagi MoU yang telah ditandatangani itu.

Beliau memaklumkan antara MoU yang perlu disegerakan adalah pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu acara baru-baru ini yang mencadangkan hab berkembar di antara Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Henan.

“Perancangan kerajaan adalah untuk pastikan ke semua MoU yang telah ditandatangani itu dapat dilaksanakan pada kadar segera,” katanya pada sidang media di kementeriannya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kini berada di Washington, Amerika Syarikat (AS) untuk rundingan dan mencari penyelesaian terbaik berhubung tarif yang dikenakan ke atas barangan Malaysia.

“Dalam masa beberapa hari ini, mereka akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari AS untuk membincangkan permulaan siri perbincangan mengenai tarif tersebut.

“Kita perlu tunggu sehingga mereka pulang dan melaporkan kepada Jemaah Menteri. Harapan saya minggu depan kita ada sedikit maklumat hasil daripada lawatan tersebut,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here