Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam

KUANTAN – Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Chini 3 yang terbengkalai sejak tahun 2017 tidak akan diteruskan buat masa ini.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, ia disebabkan isu kelulusan tanah yang masih belum diperoleh daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Kelulusan katanya merupakan prasyarat penting sebelum permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (BP) dapat dikemukakan dan diproses oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

“Felda mengambil maklum berkenaan status PGBF di Felda Chini 3 sebanyak 30 unit yang telah terbengkalai meskipun hanya berbaki 10 peratus untuk disiapkan.

“Pihak Felda telah menerima permohonan mutual termination daripada pihak kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Amizar berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan tindakan susulan dan hala tuju baharu projek berkenaan.

Difahamkan lantikan kontraktor bagi projek tersebut dibuat beberapa kali iaitu pada September 2013 dan September 2021 berikutan terdapat isu yang timbul dalam proses pembinaannya.

Selain itu, katanya projek Skim Tanah Rakyat Felda Pahang (STRFP) Chini Timur 1 dan Chini Timur 3 kini berada dalam Fasa Kedua pelaksanaan di mana lantikan juruukur bertauliah adalah di bawah proses lantikan peringkat Ibu Pejabat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here