Gambar ihsan JBPM Pahang

KUANTAN – Seorang wanita maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di KM 80.8 Lebuhraya Pantai Timur, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 10 malam.

“Siasatan awal pihak polis mendapati sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang wanita warganegara tempatan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, kereta itu hilang kawalan lalu melanggar kenderaan di hadapannya di mana jenis dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut tidak pasti,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Zaiham berkata, akibat kemalangan terbabit, mangsa bernama Ong Lee Lee, 47 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here