Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika di Perkarangan Kompleks Setia, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 24 APRIL 2025.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan keputusan untuk melanjutkan program pengecualian visa bagi tempoh 90 hari secara bersama antara Malaysia-China untuk tempoh lima tahun lagi dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedua-dua negara akan menyusun program pengecualian visa itu sebelum boleh dilaksanakan kelak.

“Pada kunjungan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, sebanyak 32 MoU telah ditandatangani, KDN ada satu iaitu tentang visa.

“Secara prinsipnya kedua-dua negara bersetuju dari sudut pengeluaran visa kepada rakyat kedua-dua negara itu diberi lanjutan tempoh 90 hari tanpa diperlukan visa.

“Ianya akan berlangsung untuk lima tahun ke hadapan, dengan opsyen sambung lima tahun lagi.

“Pada tempoh hari, perjanjian dimeterai kedua-dua negara di peringkat pegawai, kedua-dua negara akan menyusun, saya nantinya akan mengumumkan bilakah tarikhnya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Xi menyaksikan pertukaran 31 MoU dan dokumen merangkumi pelbagai sektor kerjasama antaranya perjanjian pengecualian visa.

Ppengecualian visa bersama China yang dilaksanakan secara percubaan pada hujung 2023 memberi impak besar dalam merangsang sumbangan ekonomi melalui kunjungan pelancong dari negara itu.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pada masa ini pelancong China yang datang Malaysia sudah menikmati 90 hari tanpa visa, namun tempoh itu akan tamat dalam masa setahun.

“Jadi mereka akan terus menikmatinya untuk lima tahun akan datang dengan tambahan lima tahun lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here