Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa bercakap pada media berkenaan Majlis penyampaian bantuan Madani kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2025 di Hotel Dorsett, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 25 APRIL 2025

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk mengadakan semula pemilihan di beberapa peringkat berpunca daripada aduan yang diterima pada pemilihan beberapa cabang PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, aduan-aduan yang diterima tidak hanya tertumpu kepada satu peringkat tertentu, malah ia merangkumi keseluruhan proses termasuk pencalonan, tempoh kempen dan keputusan yang diumumkan.

“Kita menerima beberapa jenis aduan, sebenarnya aduan-aduan itu bermula daripada pencalonan hinggalah kempen dan yang terakhir ini keputusan pemilihan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Amadani kepada badan sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, hari ini.

Menurut Zaliha, semua aduan sedang diteliti secara menyeluruh oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Bagaimanapun, hanya peringkat yang terjejas atau mempunyai asas kukuh terhadap dakwaan akan melalui proses pemilihan semula, ujarnya.

“Semua aduan itu kita sedang teliti satu per satu. Yang mana kita telah ada jelas keputusan, yang itu yang diputuskan juga oleh MPP tempoh hari untuk kita laksanakan pemilihan semula, tetapi bukan bagi keseluruhan cabang.

“Hanya kepada beberapa peringkat yang terlibat,” tambahnya.

Zaliha berkata, proses semakan terhadap aduan-aduan lain masih belum diputuskan akan diteruskan secara teliti bagi memastikan keadilan terhadap semua pihak yang terlibat dalam pemilihan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here