Seorang lelaki dan wanita ditahan hari ini di Ladang Sungai Kluang kerana terbabit kes pecah kedai dan surau sekitar daerah Kluang.

KLUANG – Polis menahan seorang lelaki dan wanita warga tempatan awal pagi ini kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah kedai dan surau di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menangkap mereka di Ladang Sungai Kluang, Jalan Padang Tambak di sini pukul 1 pagi.

“Tangkapan melibatkan suspek berusia 21 dan 22 tahun. Hasil semakan rekod lampau mendapati tangkapan pertama mempunyai enam rekod jenayah dan tiga rekod dadah.

“Tangkapan kedua mempunyai dua rekod dadah. Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 1 Mei ini.

“Soal siasat masih dijalankan untuk mengesan penglibatan mereka dalam kes-kes yang lain,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256 (direct line), 07-7766822 (hotline) dan 014-3656822 (tablet DCC).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here