Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kertas siasatan melibatkan pelakon lelaki didakwa memukul teman wanitanya hingga cedera di Ara Damansara, Petaling Jaya telah dirujuk ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas siasatan itu akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, kami perlu melengkapkan beberapa tindakan yang diminta Bahagian Perundangan dan selepas itu barulah ia akan dihantar ke Pejabat TPR,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, pelakon lelaki itu dipanggil bagi memberi keterangan untuk siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, mangsa telah memuat naik gambar kecederaan dialaminya di Instagram dengan berkongsi gambar kecederaan di mata dan badan yang didakwa dipukul pelakon terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here