Notis penutupan operasi sementara dilekatkan pada bahagian pintu masuk utama ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 APRIL 2025

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur akan dibuka semula kepada orang ramai esok, bermula jam 9 pagi.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini berkata, pembukaan semula menara berkenaan selari dengan komitmen kerajaan dalam menjamin kesejahteraan para pekerja yang terlibat selain menyediakan perkhidmatan serta persekitaran yang kondusif dan selamat buat para pengunjung.

“Menara Kuala Lumpur kini dikendalikan oleh pengurusan baharu di bawah syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).

“Menerusi kerjasama ini, kerajaan komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan berorientasikan pelanggan, dengan penambahbaikan berterusan kepada aspek keselamatan dan keselesaan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, menara berkenaan telah ditutup buat sementara waktu bermula pada 17 April lalu bagi proses penambahbaikan dan penyusunan semula operasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here