Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Polis telah memanggil 14 orang saksi bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita berusia 37 tahun yang diklasifikasikan mati mengejut.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya telah menerima satu laporan mengenai kematian wanita berkenaan yang disahkan petugas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Siasatan awal telah dijalankan dengan bedah siasat yang dilakukan oleh Unit Forensik HTAA dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut atau sudden death report (SDR).

“Merujuk kepada artikel yang tular di media sosial mengatakan bahawa kes kematian wanita berkenaan tidak disiasat adalah tidak tepat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular hantaran yang dipercayai dibuat oleh waris keluarga mangsa  yang mendakwa polis tidak menyiasat kes berkenaan serta menuntut keadilan kematian wanita di Facebook Warga Kuantan.

Menurut Wan Mohd Zahari, siasatan masih dijalankan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mengganggu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dengan kematian wanita tersebut diminta menyalurkannya dengan dengan menghubungi pegawai penyiasaf kes, Inspektor Che Nur Junaidah Che Jusoh di talian 014-8828135. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here