Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berkaitan seorang lelaki mendakwa diperas ugut pegawai polis seperti yang tular di platform Telegram.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang mengesahkan perkara itu berkata, kes terbabit melibatkan seorang pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Kita telah membuka kertas enkuiri polis bagi siasatan awal dan setakat ini, tiga keterangan telah diambil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular di platform Telegram memaparkan laporan polis seorang lelaki pada 22 April lalu berhubung pemerasaan sebanyak RM50,000 daripada seorang pegawai polis yang dikatakan bermula pada 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here