KUALA LUMPUR – Lelaki yang menikam seorang peminta sedekah hingga mati di depan sebuah bank di Seksyen 18, Shah Alam semalam direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 1 Mei bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, permohonan reman ke atas suspek berusia 28 tahun itu dijalankan di Wad Pemerhatian Hospita Shah Alam pada jam 3.15 petang.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistrest Nur Azureen Zainalkefli dan suspek telah dimasukkan ke Wad Pemerhatian kerana alami sawan.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, suspek memiliki kad orang kurang upaya (OKU) kategori lembam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tamabh beliau, punca kematian mangsa disebabkan luka tikaman di dada dan berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Mohd Iqbal memaklumkan, prosedur tersebut dijalankan oleh Pakar Perubatan Forensik, Dr Elyani Norazman, bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Mangsa tidak mempunyai kad OKU namun mengalami kecederaan kaki kanan akibat kemalangan tiga tahun lalu dan menggunakan alat ortopedik jenis ‘Ilizarov’.

“Semakan juga mendapati, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di Sentosa, bersama isterinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, seorang peminta sedekah sanggup menikam mati peminta sedekah lain sehingga mati akibat berebut kawasan.

Mohd Iqbal dilaporkan berkata, mangsa berusia 40 tahun itu meminta sedekah di kawasna terbabit manakala suspek warga tempatan turut minta sedekah di lokasi sama.

Berikutan itu katanya, kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here