Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam dua serbuan berasingan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor menerusi Ops Selera dan Ops Gegar yang dijalankan di sekitar Selangor.
Pengarah Imigresen Selangor, Tuan Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi yang bermula jam 6 petang semalam itu menyasarkan beberapa premis hiburan, dengan serbuan pertama dilakukan di Red Zues Bar and Bistro melibatkan pemeriksaan ke atas 27 individu.