Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera menyifatkan Airra yang mendapat keputusan A dalam subjek bahasa Inggeris sebagai satu kemenangan.
“1 A tanda memperoleh kemenangan!
“Baik semua lulus… B Sejarah, Kimia pula dapat E, kenapalah Airra ambil Kimia tak ambil melukis? Dia minat melukis,” katanya.
Dalam perkongsian itu, Shiera menghadiri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati , Kuala Lumpur untuk mengambil sendiri keputusan Airra memandangkan anaknya itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Langkawi, Kedah.
“Jadi sekarang dia dalam perjalanan ke lapangan kapal terbang sebab sudah beli tiket lebih awal dan dia tidak tahu keputusan SPM keluar hari ini.
“Dia sudah tengok keputusan dalam talian tapi tidak mengapa saya datang untuk semak sendiri di sekolah,” katanya. – MalaysiaGazette