Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK Malaysia pada 3.9 peratus tahun ini berikutan cabaran global.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi dalam catatan di X berkata, unjuran itu dibuat selepas mengambil kira semua kemungkinan kekangan.