Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa.

KUALA LUMPUR – Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup bagi memberi laluan sempena penganjuran acara kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur (KL) 2025, pagi esok.

Ketua Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, penutupan jalan bermula 6.30 pagi sehingga acara tamat itu kira-kira jam 9.30 pagi melibatkan lokasi permulaan dan penamat di Jalan Raja, Dataran Merdeka.

Acara kali kesembilan ini dijangka menarik penyertaan seramai 3,000 peserta berbilang bangsa dari dalam dan luar negara.

Laluan pertandingan sepanjang 25 kilometer bagi setiap pusingan dan para peserta akan melengkapkan dua pusingan untuk jarak keseluruhan 50 kilometer dalam kategori criterium.

“Laluan terlibat Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Lebuh Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Conlay.

“Turut terlibat, Jalan Sultan Salahuddin, Persiaran Sultan Salahuddin, Jalan Parlimen, Bulatan Dato’ Onn, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu – Bulatan Sultan Hishamuddin, dan berakhir di Dataran Merdeka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, seramai 160 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPKL) akan turun padang bersama 20 petugas dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melaksanakan penugasan melibatkan penutupan dan lencongan jalan di laluan yang terlibat dengan perlumbaan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan bagi mengelakkan kesesakan.

“Sila patuhi arahan polis trafik yang bertugas serta papan tanda penutupan jalan demi kelancaran acara dan keselamatan bersama.Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk sentiasa bersabar, bertimbang rasa serta mematuhi peraturan lalu lintas sepanjang acara berlangsung,”ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here