Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya segera mengawal caj berlebihan yang dikenakan oleh klinik pergigian swasta.

Beliau mendakwa, terdapat aduan daripada orang ramai yang mengatakan caj rawatan pergigian boleh mencecah RM500- RM2,500 bagi setiap sesi.

“Jumlah ini amat membebankan rakyat. Ia juga menimbulkan persoalan tentang ketiadaan kawal selia terhadap kadar caj rawatan pergigian swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah.

Sehubungan itu, Murugiah menggesa KKM dan KPDN memperkenalkan satu mekanisme kawalan harga dan penyeragaman caj rawatan pergigian swasta bagi melindungi hak pengguna selain mengelakkan eksploitasi terhadap keperluan kesihatan rakyat.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera untuk mengelakkan rakyat terus dibebani kos rawatan yang tidak munasabah,” tegasnya.

Beliau menegaskan bahawa akses kepada rawatan kesihatan, termasuk rawatan pergigian yang sepatutnya tidak menjadi beban kepada rakyat sebaliknya perlu dilindungi dan dikawal dengan adil. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here