Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa.

KUALA LUMPUR – Polis menutup tujuh laluan utama di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) secara berperingkat bermula jam 2 petang ini sempena aksi final Unifi Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang FC, malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, penutupan jalan itu bagi memberi laluan kepada kawalan lalu lintas serta keselamatan sepanjang berlangsungnya perlawanan yang dijangka menarik puluhan ribu penyokong ke stadium.

“Seramai 180 pegawai dan anggota trafik akan memulakan penugasan seawal pukul 10 pagi bagi mengawal aliran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan sekitar stadium.

“Penutupan dan lencongan laluan akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan susur serta persimpangan utama ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Antara jalan terlibat ialah susur Lebuhraya KESAS ke lampu isyarat SUKOM; lampu isyarat SUKOM ke arah Jalan Merah Cagar, Jalan Barat dari Lebuhraya KESAS, Jalan Barat/Jalan Radin, Jalan Barat/Lebuhraya KESAS, susur ke Jalan Barat dari Bulatan Lumba Kuda dan susur Puchong Link ke Jalan Barat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga memaklumkan, laluan-laluan terbabit akan dilencong ke beberapa arah alternatif termasuk ke Awan Kecil, Awan Besar, Jalan Radin, Sri Petaling, Shah Alam, Kinrara dan Bulatan Kuda.

“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda serta arahan petugas di lokasi selain digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267 / 0269,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

100 bas penyokong JDT berlepas ke SNBJ

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here