Foto AFP

VATICAN – Puluhan ribu orang membanjiri Basilika St Peter di sini untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Paus Francis pada hari terakhir sebelum mendiang disemadikan.

Basilika tersebut dibuka sepanjang malam Khamis hingga pagi Jumaat, hanya ditutup selama tiga jam pada waktu malam.

Orang ramai beratur dalam barisan panjang berliku-liku di sekitar Dataran St Peter dan jalan-jalan sekitarnya, sebelum diarahkan masuk ke tengah basilika menuju ke altar utama, di mana keranda terbuka Francis diletakkan di atas pentas pada Jumaat.

Meskipun terpaksa menunggu berjam-jam namun orang ramai tetap bersabar demi meluangkan masa beberapa minit untuk memberi penghormatan kepada Fracis.

Mendiang yang berusia 88 tahun itu meninggal dunia Isnin lalu di biliknya di rumah tetamu Santa Marta di Vatican akibat serangan angin ahmar.

Mayat Francis kemudiannya dibawa ke St Peter dalam satu perarakan penuh istiadat pada Rabu.

Sejak itu, kira-kira 250,000 orang dari seluruh dunia telah mengucapkan selamat tinggal kepada ketua agama Katolik itu, menurut Vatican. -AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here